Sabtu, 19 Disember 2009

KETENANGAN JIWA LAMBANG PERIBADI MULIA



Kebanyakkan daripada kita mencari KEMEWAHAN dan KEBAHAGIAN. Namun ada ketikanya kita tidak dapat mengecapi kedua-duanya sekali. Ada orang lebih memetingkan kebahagian dan ketenangan daripada kemewahan.

Bila berbicara tentang kemewahan ianya lebih kepada sifat lauran. Sebaliknya kebahagian dan ketenangan lebih bersifat dalaman. Ketenangan itu sendiri membawa ke arah kerohanian. Ianya bersifat universal dan sukar untuk ditafsirkan. Semua manusia menginginkan ketenangan di dalam jiwa kerana jiwa yang tenang membawa kepada kebahagian.

Pun begitu sedarkah kita seringkali mengaitkan orang yang tida tenteram jiwa seorang yang cepar marah, tidak puas hati, dengan orang lain, dengki serta banyak lagi sifat-sifat negatif lain. Sifat ini sebenarnya dikeluarkan kerana jiwa berada di dalam keadaan tertekan. Cuba bayangkan sekiranya anda sedang bercuti di kawasan pulau ketika ini.
Apakah perasaan anda? sudah pasti anda merasakan ketenangan serta keseronokkan. Anda sendiri boleh memilih suasan yang diingni pada ketika itu.

Tida dinafikan kadangkala kita dikuasai sesuatu perkara yang menyebabkan jiwa kita tidak tenteram. Persoalan ini timbul disebabkan kita terlalu memikirkan perkara-perkara yag tidak sewajarnya. Kita sendiri kadangkala dibelenggu sifat-sifat negatif. Setiap perilaki orang sekeliling pasti kita juga sibuk untuk mengetahui apa cerita terbaru. Perkara seperti ini seharusnya tidak perlu diambil peduli. Apabila minda kita terlalu sarat dengan perkara yang tidak perlu difikirkan. ianya membuatkan kita terlalu mudah prejudis terhadap orang. Setiap perilaku orang kita anggap tidak betul dan tidak sealiran dengan pandangan diri.

Perkara-perkara inilah yang menyebabkan jiwa kita tidak tenang. Apa yang berlaku kita terlalu mengahrapkan kesempurnaan. Kita sendiri lupa bahawa kesempurnaan itu sendiri bukan milik manusia. Bagaimana untuk kita mengekalkan sifat-sifat negatif daripada menguasai diri kita? Cara yang paling berkesan adalah melalui mehasabah diri. Lihat ke dalam diri. Terima setiap apa berlaku dan bukannya penderaan. Kita sendiri yang selalu mendera minda supaya menrima perkara-perkara yang tidak boleh diterjemahkan. Kita dicipta berbeza-beza antara sati sama lain. Terima kelainan tersebutdan jangan terlalu menyalahkan orang lain. Sentiasa bersikap positif dan dekatkan diri dengan Tuhan kerana itu adalah ubat kepada ketenangan diri.



Jika kita sering mencari ketenangan, pasti ketenangan akan dimilik. Apabila kita bersolat secara tidak langsung kita merehatkan diri dan membawa ke arah ketenangan.Buangkan sifat-sifat negatif yang dimiliki dalam diri kita. Mungkin sifat ini telah sebati di dalam kehidupan kita. Kita harus tranformasi pada diri sendiri. Orang sekeliling sekadar mengharap kepada perubahan tersebut. Tapi hakikat sebenarnya kita sendiri boleh melakukannya kerana ini melibatkan soal hati.

Mendapatkan ketenangan jiwa hanyalah dengan mendekatkan diri dengan Allah. Buangkan sifat-sifat seperti Dengki, cemburu dan lai-lain lagi. Apabila sifat ini tidak ada dalam diri perasaan dan prasangkla terhadap orang lain akan hilang. Ianya secara tidak langsung membentuk diri menjadi seorang yang lebih tenang. Selalu berpegang kepada sifat-sifat yang bail dan mulia. Jangan terlalu ingin membentuk diri menjadi mulia dihati manusia sahaja. Jadilah mulia dihati Allah kerana itu lebig penting. Sentiasa berpegang kepada sifat kejujuran dan keikhlasan setiap perkara yang ingin dilakukan serta sematkan dalam diri meminta dan memaafkan orang. Sentiasa memohon maaaf kepada setiap perlakuan atau kesalahan yang dilakukan sama ada sedar atau tidak. Memaafi setiap orang yang melakukan kesilapan kepada kita juga mampu mencipta ketenangan. Buang segala sikap berdendam dalam diri gantikan dengan nilai-nilai murni.

Tranformasi diri boleh membawa kepada ketenangan jiwa. jadi jangan sia-siakan kehidupan yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang menghancurkan diri sendiri.
Lihatlah kehidupan kita dengan cara yang paling mudah dan mengikut landasan agama sebagai ikutan dan pedoman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan