Ahad, 22 November 2009

RAHSIA WANITA



Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Technorati Tags: wanita, perempuan, lelaki, laki-laki, rahsia, pikat, awek, cinta, idaman, sayang, suka, duka, kasih

MOOD

TIADA ‘mood’ adalah perkara biasa yang dihadapi hampir setiap orang, apatah lagi jika kita perlu berdepan individu atau persekitaran yang kurang disenangi di tempat kerja.

Jangan biarkan perasaan negatif itu mempengaruhi prestasi kerja dan menjejaskan kualiti hidup anda. Tidak kira apa pun bentuk tekanan, ia hanya bersifat sementara dan anda perlu bijak menanganinya.

Tanpa disedari, pemikiran dan emosi negatif terpamer di riak wajah kita. Ia juga melemahkan sistem pertahanan badan yang membuatkan kita lebih terdedah kepada penyakit seperti jangkitan dan tekanan.

Malah, tekanan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kita lebih dekat dengan kemurungan, tekanan darah tinggi dan pelbagai masalah kesihatan lain.





Menurut Pakar Perubatan Alternatif merangkap Canselor Universiti Yo San (Perubatan Tradisional China) di Los Angeles, Dr Maoshing Ni, banyak langkah mudah dan murah boleh dilakukan untuk menceriakan diri sendiri, sekali gus meningkatkan tahap kesihatan seperti:

# Ketawa — Kajian menunjukkan ketawa boleh menjadi terapi mujarab kepada emosi seseorang. Apabila kita ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin — yang membuatkan kita berasa tenang dan selesa. Pada masa sama sistem ketahanan diri juga dirangsang menjadi lebih kuat.

Orang yang ceria dan selesa dengan dirinya sendiri biasanya lebih yakin dan tenang. Banyak bukti menunjukkan individu yang ceria hidup lebih lama dan gembira. Luangkan masa menonton rancangan komedi, membaca komik kegemaran dan usah segan untuk ketawa jika melihat sesuatu yang lucu walaupun ketika itu anda bersendirian.

# Sentuhan — Sentuhan boleh merangsang penghasilan hormon endorfin, hormon pertumbuhan dan dehidroepiandrosteron (DHEA) yang memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan kesan negatif tekanan.

Kajian menunjukkan pesakit yang sering mendapat sentuhan keluarga atau orang tersayang sembuh lebih cepat. Malah bagi lelaki, berkahwin atau mempunyai pasangan hidup didapati lebih bahagia, kurang mengalami tekanan dan mempunyai jangka hayat lebih panjang.

Justeru, jangan kedekut memeluk pasangan dan anak sebagai tanda kasih sayang kerana anda juga terkesan. Jika anda mendengar masalah orang lain, pegang tangannya supaya dia tidak berasa keseorangan.

# Rangsang ‘hormon remaja’ anda — Tiada pil hormon untuk awet muda, sebaliknya ia boleh dilakukan dengan mudah iaitu melalui senaman. Senaman semudah dan seringkas berjalan kaki selama 30 minit sehari boleh melancarkan aliran darah yang membuatkan anda lebih bertenaga, cergas dan sihat.

Banyak kajian membuktikan senaman adalah ubat paling berkesan untuk menjauhkan kita daripada penyakit. Ingat, penyakit adalah penggerak paling berkuasa untuk mempercepatkan proses penuaan.

Jika tidak mampu melakukan senaman selama 30 minit untuk satu sesi, bahagikan senaman anda kepada dua atau tiga sesi. Jangan sayang menggunakan lemak yang bertahun-tahun terkumpul dalam badan anda kerana semakin lama ia semakin sukar dipecahkan dan hanya menyukarkan pergerakan anda!

# Amalkan pernafasan yang dalam dan perlahan — Ia sama seperti teknik pernafasan ketika melakukan yoga, tai chi, qi gong dan meditasi. Caranya, tarik nafas hingga masuk ke perut (perut anda akan terasa kembung dan seolah-olah berisi udara), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan.

Lakukan pernafasan ini setiap kali anda berasa tiada semangat, gelisah, cemas atau dalam keadaan tidak selesa. Ada pendapat mengatakan, pernafasan yang baik boleh membantu menyingkir bahan buangan daripada badan kerana dianggarkan kita hanya menyingkir 30 peratus bahan toksik daripada badan melalui air kencing dan najis.

# Aromaterapi — Adakah anda ingat bagaimana perasaan anda ketika di spa dengan aroma yang menenangkan perasaan? Sejak dulu lagi aromaterapi digunakan secara tradisional untuk meredakan tekanan.

Kajian mendapati apabila kita merangsang saraf olfaktori dalam hidung, kita mengaktifkan sistem limbik pada otak yang dikaitkan dengan emosi dan ingatan. Beli minyak aromaterapi yang boleh membuatkan anda rasa tenang seperti jasmin atau minyak kayu putih.

# Beli bunga untuk hiasan meja — Tahukah anda kenapa orang menghadiahkan bunga kepada pesakit? Warna bunga yang menarik memberi kesan kepada emosi; ia boleh memperbaiki emosi pesakit dan mengelak mereka berasa tertekan.

Satu kajian mendapati dalam tempoh lima minit menaip tugasan, individu yang duduk di sebelah jambangan bunga berasa lebih tenang berbanding individu yang ditempatkan di sebelah jambangan berdaun saja.

Jadi apabila anda rasa kurang bersemangat, hadiahkan diri sendiri setangkai atau sejambak bunga yang ceria warnanya. Lebih baik jika bunga berkenaan juga harum untuk memulihkan semula emosi dan semangat anda.

# Senyum — Sedekahkan senyuman kepada semua orang yang anda temui. Senyuman yang tidak memerlukan sebarang modal ini bukan saja membuatkan orang lain berasa gembira, malah anda juga mendapat kesan positif sama.

Sabtu, 21 November 2009

sikap seseorng yg berjiwa kreatif atau seni

Bersikap Terbuka
Satu kebiasaan utama orang kreatif adalah pada sikapnya yang terbuka terhadap segala macam ide, gagasan, dan pemikiran, mulai dari yang lurus-lurus saja sampai yang tergolong kontroversial. Ini bertolak belakang dengan kecenderungan kebanyakan orang yang hanya menerima hal yang disukai, diinginkan, dan tidak bertentangan dengan dirinya. Bagi orang kreatif, sesuatu yang lain daripada yang lain, yang baru, yang menantang, yang sekilas nampak tidak masuk akal, yang mengandung misteri, atau segala sesuatu yang begitu mengusik rasa ingin tahunya, merupakan menu menggairahkan yang setiap waktu emenuhi perhatiannya. Kebiasaan inilah yang mengondisikan pikiran orang-orang kreatif selalu dalam keadaan terbuka, peka, dan siap menerima hal baru. Kebiasaan ini memudahkan mereka beradaptasi dan merespon secara positif (positive thinking) berbagai bentuk perubahan di sekelilingnya. Inilah kelebihan orang-orang kreatif sehingga banyak perubahan, penemuan teknologi baru, atau karya-karya spektakuler yang muncul dari proses kreatif mereka.Hampir semua perubahan besar dan strategis menuntut pergeseran-pergeseran atau bahkan pembalikan atas paradigma lama. Hanya dengan paradigma yang terbuka saja maka perubahan-perubahan besar bisa terjadi. Dalam dunia pemasaran pun, perubahan-perubahan radikal hanya bisa disuguhkan oleh perusahaan – perusahaan yang memberi peran penting kepada orang-orang kreatif.

Berani Mencoba
Tak ada yang bisa menandingi keberanian orang-orang kreatif dalam bereksperimen dengan hal-hal baru, bahkan yang asing atau nampak tidak masuk akal. Sejalan dengan sikapnya yang terbuka dan hasrat ingin tahunya yang besar, orang kreatif selalu mencoba banyak hal baru. Orang kreatif sama saja dengan kebanyakan orang yang memiliki rasa takut terhadap hal – hal tertentu yang tidak sepenuhnya dia kenal. Yang membedakan dia dengan orang kebanyakan hanyalah pada tingkat keberaniannya untuk mencoba. Dengan mencoba orang kreatif menemukan banyak hal baru, memecahkan teka-teki atau misteri yang membuatnya penasaran, dan tentu saja memuaskan hasrat ingin tahunya yang begitu besar. Pengalaman mencoba adalah sesuatu yang sangat bernilai bagi orang kreatif. Ini membawanya kepada kebiasaan berikutnya yang tak kalah pentingnya; menyukai tantangan.

Menyukai Tantangan
Jika ditanya hal apa yang bisa begitu menggerakkan orang-orang kreatif menuju karya-karya spektakulernya, jangan heran kalau jawabannya adalah tantangan. Orang-orang kreatif adalah para master dalam membangkitkan antusiasme dan motivasi berkreasi dari dalam maupun dari luar. Ia bisa menciptakan tantangan-tantangan pribadi dan merespon secara kuat tantangan dari luar. Tantangan selalu mengusik, mengganggu, bahkan menghantui orang kreatif. Pada saat yang sama, tantangan menjadi sumber energi yang luar biasa yang memacunya untuk berani menghadapi, bahkan mengalahkan tantangan tersebut. Jadi, tantangan menjadi bagian dari aktualisasi diri orang-orang kreatif. Menyongsong tantangan selalu berarti kesempatan untuk meneguhkan jatidirinya. Sementara menghindari atau melewatkan tantangan selalu berarti mengeroposkan pondasi keyakinan diri dan eksistensinya. Maka jangan heran jika catatan rekor dunia dipenuhi oleh aksi-aksi ekstrim dan spektakuler dari orang-orang kreatif ini.

Mengolah
Hati-hati memberi perintah kepada orang kreatif. Jika perintah Anda tidak detail atau tanpa rambu-rambu yang jelas, bisa-bisa Anda jadi gemas dengan cara dia menggocek sana-sini untuk mencapai tujuan sesuai seleranya. Jangan berharap orang kreatif rela membiarkan sesuatu berjalan atau dalam keadaan seperti yang sudah-sudah, apa adanya, biasa-biasa saja, dan memuaskan orang-orang konservatif. Sebab itu jangan heran jika melihatnya sering sibuk menambah, mengurangi, membagi, memperkecil, memperbesar, memadukan, memoles, atau sedang menjungkirbalikkan dalil-dalil konvensional. Orang-orang kreatif sangat ahli dalam menyiasati berbagai bentuk aral eksternal. Mereka juga cenderung independen dalam melakukan aktivitasnya dan selalu memasukkan roh ‘kepribadiannya’ dalam proses tersebut. Proses kreatif dan merambah ke segala bentuk proses bagi orang kreatif berarti proses aktulaisasi diri. Dia selalu tertantang untuk mengolah aspek internal dan eksternal demi mencapai hasil yang menurut perkiraan dan imajinasinya lebih baik, bernilai, unik, dan lebih bercita-rasa.

Imajinatif
Jika Anda melarang orang-orang kreatif berimajinasi, maka Anda seperti melempar mereka ke tengah-tengah gurun yang panas terik gersang meradang nan kerontang tanpa setetes air pun. Berlebihan! Imajinasi adalah karunia ilahi yang dasyat yang hanya dihadiahkan Tuhan YME kepada mahkluk kesayangannya, yaitu umat manusia. Imajinasi adalah nafasnya kreatifitas. Tanpa imajinasi tidak ada kreatifitas. Dengan imajinasinya orang-orang kreatif mampu menciptakan dunia yang tak terbatasi oleh dimensi waktu; masa lalu, masa kini, masa mendatang, atau masa yang hingga kini belum terdefinisikan. Orang kreatif terbilang memanjakan imajinasinya, sesuatu yang dia pelajari dari kebiasaan anak-anak dalam masa pertumbuhan mereka. Orang kreatif cenderung terus menyegarkan imajinasinya dengan teknik-teknik, stimulan-stimulan, aktivitas, kebiasaan, bahkan ritual tertentu. Dengan kekuatan imajinasi inilah orang mendapat bahan mentah bagi proses kreatif dan hasil inovatifnya.

Menyukai Variasi
Orang kreatif kurang menyukai hal-hal yang sifatnya monolitik, monoton, dikotomis, hitam-putih, benar-salah, atau pengkategorian-pengkategorian yang membatasi ekspresi kreatifnya. Sebaliknya mereka terbiasa untuk berpikir alternatif, menyuguhkan pilihan-pilihan, dan variasi. Banyak hal terasa begitu cepat membosankan. Namun kebosanan mereka bukanlah kebosanan sederhana, kebosanan yang pemecahannya tergantung pada sumber-sumber pemenuhan dari luar dirinya. Kebosanan orang kreatif adalah kebosanan yang menantang dan menggerakkan dirinya untuk menemukan hal baru, dengan mendayagunakan sumber-sumber, potensi, dan kemampuannya sendiri.

Bergairah
Sikap terbuka, keberanian mencoba, suka tantangan, variasi, dan memanjakan imajinasi membuat orang-orang kreatif selalu bergairah dalam segala yang dikerjakannya. Mereka seperti menikmati aliran energi kreatif sehingga nampak begitu terfokus, tak kenal lelah, suka lupa waktu, dan enggan diganggu jika berada dalam zona kreatifnya. Kebiasaan orang-orang kreatif adalah menikmati dinamika masalah atau selalu mengalahkan tantangan yang dihadapi dengan antusias dan optimis. Ini yang membuat mereka begitu kaya dengan gagasan dan produktif dalam pekerjaannya. Jangan lupa, kegairahan tersebut juga menunjukkan kemampuan mereka dalam mengalirkan energi positif kepada diri sendiri maupun orang sekitar. Sebab itulah orang-orang kreatif cenderung menikmati humor, bahkan memanfaatkannya sebagai metode – metode khusus dalam memecahkan masalah. Tak sedikit dari mereka adalah penikmat atau produsen humor yang sejati.

Khamis, 5 November 2009

MEMULIAKAN KEDUA IBU BAPA

BERSESUAIAN dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya, Allah s.w.t meletakkan ibu bapa dalam kedudukan cukup mulia. Justeru itu, Allah menyeru orang mukmin supaya berbuat baik kepada ibu bapa mereka. Sesiapa yang tidak berbuat demikian, yakni bersikap kasar atau meninggikan suara atau mengecilkan hati ibu bapa, nescaya mereka akan mendapat balasan daripada Allah.

Ibu bapa adalah manusia paling hampir dengan kita. Tanpa mereka kita tidak ada di dunia ini. Kita dilahirkan oleh seorang wanita yang bernama ibu. Jasa dan pengorbanan ibu sebelum dan selepas melahirkan kita tidak ternilai dengan wang ringgit. Sewajarnyalah kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Penting dan mulianya ibu bapa dalam agama Islam dapat dilihat melalui beberapa ayat dalam al-Quran. Salah satu ayat yang dimaksudkan ialah dalam surah al-Nisa’ ayat 36 di mana Allah berfirman yang maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa.”

Dalam Surah al-Isra' ayat 23, Allah berfirman yang maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”





Daripada dua firman Allah ini jelas menunjukkan betapa penting dan mulianya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Allah bukan saja memerintahkan kita supaya mentauhidkan-Nya, yakni dengan mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya saja bahkan pada masa sama diperintahkan kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita. Sekiranya kedudukan ibu bapa itu tidak penting dan mulia, sudah pasti Allah tidak akan memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada mereka selepas mentauhidkan-Nya.

Dalam buku tulisan Hafiz Firdaus Abdullah yang diterbitkan Darulnukman: “Berbuat baik kepada ibu bapa termasuk salah satu bentuk pembuktian akan kemantapan dan kemurnian tauhid kita kepada Allah s.w.t. Tidak sempurna tauhid seseorang yang hanya bersolat dan berpuasa, tetapi dia tidak mengendahkan hal ehwal ibu bapanya.”

Selain ayat-ayat al-Quran yang menerangkan kedudukan dan tuntutan untuk kita berbuat baik kepada ibu bapa, terdapat juga hadis sahih yang menerangkan perihal yang sama. Salah satu hadis yang dimaksudkan diriwayatkan al-Tirmizi seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”

Seruan tuntutan supaya berbuat baik kepada ibu bapa perlulah mengikut garis dan petunjuk yang dinyatakan Allah dalam al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w dalam sunnahnya. Yang jelas, selagi perlakuan atau perbuatan ibu bapa itu tidak bertentangan dengan kehendak al-Quran dan Sunnah Nabi, tuntutan berbuat baik terhadap mereka perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Jika ada ibu bapa yang membelakangkan perintah Allah atau melakukan perbuatan yang dilarang-Nya seperti tidak solat, berjudi, minum minuman keras dan minta kita belikan minuman itu, maka ibu bapa yang berperangai begini tidak seharusnya ditaati termasuklah perintahnya.

Berdepan suasana sedemikian, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Menjadi kewajipan seorang Muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi ia tidak membabitkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Berbuat baik kepada ibu bapa meliputi semua aspek kehidupan, sama ada perbuatan mahupun percakapan. Justeru, kita sering diingatkan supaya jangan sekali-kali meninggikan suara bila berbual dengan ibu bapa serta tidak mengucapkan perkataan yang boleh melukakan hati mereka. Seelok-eloknya bicara kita hendaklah mesra dan kata-kata yang diucapkan biarlah lembut, sopan dan menggembirakan hati mereka. Allah tidak menyukai orang yang bersikap kasar terhadap ibu bapa, meskipun hanya dengan berkata ‘ah’ kepada mereka.

Dalam al-Quran surah al-Isra’ ayat 23-24 Allah berfirman yang maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antaranya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku kasihanilah mereka sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil.”

Sesungguhnya berbahagialah mereka yang saban masa menjaga, memelihara dan berbuat baik kepada ibu bapa mereka. Amat malang dan rugi hidup seseorang sekiranya ia menjadi anak derhaka dengan mengabaikan kebajikan ibu bapa mereka, hingga ibu bapa itu luka hatinya ataupun hidup mereka menderita akibat perbuatan anak kandung sendiri.

Anak yang derhaka kepada ibu bapa termasuk golongan orang yang melakukan dosa besar. Mereka tidak diperhatikan Allah pada hari kiamat dan mereka adalah antara tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga.

Oleh yang demikian, marilah kita berbuat baik kepada ibu bapa, tidak kira sama ada mereka masih sihat atau ketika mereka uzur. Jaga dan peliharalah mereka dengan sebaik-baiknya. Allah menjanjikan syurga kepada hamba-Nya yang berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

Ahad, 1 November 2009

TERTEKAN KERANA SUAMI CEMBURU BUTA

Cemburu perlu ada dalam rumah tangga. Walau bagaimanapun jika cemburu itu berlebihan ia akan membuatkan pasangan berasa letih dan tidak dipercayai lagi. mungkin pada pandangan suani ia adalah tanda sayang kepada isteri. Tetapi sikap tersebut seolah-olah mengokong hidup anda...yelah seba serbi buat semuanya salah.
Seorang isteri sentiasa mahu membantu si suami jika kewangan keluarga dalam keadaan yang kurang stabil...tapi bila si isteri keluar dari rumah untuk bekerja penampilan seorang wanita mesti mahukan yang sentiasa kemas dan menarik....
jadi bila keadaan ini berlaku mulalah si suami terasa yang si isteri main kayu tiga....dan begitu juga jika si isteri berjaya dalam hidup dan dapat membeli apa sahaja yang dimahukan... pergaduhan akan berlaku...

tetapi saya nasihatkan isteri sentiasalah beringat2 yang suami adalah seseorang yang perlu kita hormatu... layanlah suami kita dgn sempurna....makan minum dia....pakaian dia dan segala-galanya jgn sampai dia buat sendiri....

walaupn kita seorang yang berpendidikan tinggi atau berkerjaya kita jangan sesekali lupa akan tangungjawab kita sebagai isteri....

jangan sampai suami cemburu pada kita....

kaum hawa

wahai kaum hawa yang ada sejarah hitam bangkitlah dari mimpi mu.... berjuanglah untuk kaum kita...pertahankanlah kaum hawa dari dibinasa oleh kaum adam yang tiada perikemanusiaan...yang membuat kaum hawa seperti sampah...binatang....disepak terajang...ditampar...di dera...dihina..dicaci tanpa ada rasa belas kasihan langsung...

bangkitlah kaum hawa dari musuh kita....perjuangkan diri dan maruah kita....

Hawa tahu setiap kaum hawa mahukan kebahagian dan belai keasih sayang dari kaum adam....
tapi ingat jangan sampai diri kita diri kita tergadai dan jadi magsa kaum adam yang durjana itu....

setiap kali ada berita kaum hawa diseksa hawa dapat rasakan bagaimana hati mereka...betapa hancurnya dan gelap gulita hidup mereka kerana mempunyai suami yang DURJANA ITU...

kenapa semua ini terjadi pada kaum hawa yang lemah....

bagilah pendapat anda pada blog ini.....

HATI WANITA

ketahuilah bahawa hati wanita terlalu sensitif..... sebagai insan yang lemah wanita jangan mudah terpedaya dengan kaum adam (lelaki)....yang mudah memperlekahkan wanita....